HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Demam Tetapi Berpuasa ?

Assalamualaikum !

Hey .. Lama betol tak online . Rasa rindu nak update pun dah muncul . HAHA . Siapa yang tak puasa sila angkat tangan ! Apa alasan korang yang tak puasa tu ? Apa ? Apa ? Kepada perempuan yang tak dapat nak puasa tu , jangan lah berasa sedih sebab tak dapat puasa k ? Kepada lelaki , apa sebab korang ? Korang tak dibenarkan ponteng puasa oke ?

Demam tetapi berpuasa ? Hmmmph , siapa tu ? Adakah dia , Effa , atau korang ? Kalau nak tahu , teruskan membaca entri ni sampai habis . Teringat waktu Effa tahun 4 dulu , Effa cuma berpuasa 2 hari jer . Ahak ! Tu zaman dulu2 . Effa start puasa penuh pada tahun 5 sampai tahun 6 . Tahun ni tak taw lagi . InsyaAllah Effa akan puasa penuh tahun ni . *Kantoi Effa ni masih budak2 lagi walaupun dah tingkatan 1 . Hikhik . Tak faham ? Ala , Effa belom didatangi _ _ _ _ _ . Ada faham ?

Berbalik kepada tajuk kali ni . Siapa yang berpuasa tetapi dilanda demam ? Jawab , jangan tak jawab ! Huhu . Jawapannya ialah .... Jeng Jeng Jeng !! ...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Effa Nadia !!!

Apa ? Terkejut ? This is really okay ! Tak ada masa Effa nak main2 kat korang . Sejak di sekolah semalam Effa dah demam . Pastu relak2 kat bilik kaunseling . Balik rumah terus cakap kat mama "Ma, Effa demam.. Tapi Effa tetap nak puasa esok !" .. Korang taw kan kenapa Effa tetap nak puasa hari ni ? Sebab nak puasa penuh . Lapar pulak dah perut ni . Semasa sahur pagi tadi , makan lemang dan 1 buah kurma . Minum air teh susu . Hehe

Semasa puasa ni kan , banyak pantang larang . Antaranya adalah

1. Tidak boleh mengorek tahi hidung
2. Tidak boleh korek telinga
3. Tidak boleh tiup belon
4. Tidak boleh main rekorder
5. Tidak boleh gosok gigi selepas pukul 12 atau selepas zohor
6. Tidak boleh hisap ibu jari atau meletakkan sesuatu ke dalam mulut

Sebenarnya lagi banyak . Tapi cukup lah setakat itu . Kalau tak tahu , korang boleh la pergi tanya kat ibu bapa .

Selamat berpuasa !

Sekian , terima kasih .....

No comments: