HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum !


Selamat Hari Raya kepada kaum muslimin dan muslimat . Maaf zahir dan batin..

Masuk blog Effa pasti korang terkejut kan dengan perubahan yang ada kat blog ni ? Hehe . Dulu, warna pink. Sekarang pulak warna hijau . Tuu barunya semangat nak beraya.. Seharusnya entri ni dibuat pada malam pengisytiharan... Tapi, tepaksa lah Effa buat entri ni hari ni sebab mana taw korang balik kampung awal , tak dapat nak online pulak di kampung tu. 

Effa balik kampung hari Jumaat ni sebab hari Khamis masih belom cuti. Tak macam adik2 kat sekolah rendah tu, belagak cakap cuti awal dari orang yang sekolah menengah.. Tapi takpelah.. Disebabkan hari Khamis tu ada ujian PBS, kenalah turun. Kalau takde, Effa pura2 sakit lah.. *hahak ! tipu ..

Hari Jumaat start balik kampung dah.. Kami di zon 4 terpaksa berjalan jauh sehingga ke zon 5.. Berbuka akhir lah maknanya.. Hurmm.. Perjalanan mungkin mengambil masa 2 jam kot *kalau tak silap ! Sebab kampung kami di pinggir sungai cam tu.. Wahh ! Memang terasa indahnya kalau dapat mandi-manda kat sungai macam perangai Effa dulu yang nakal.. Berenang sampai rumah jiran di seberang guna pelampung.. Hakhak !

Agaknya kalau berbuka di kampung , makanan apa yang akan dihidang ? Dulu, waktu berbuka Effa cuma makan ketam.. Wah ! Sedapnya ! Makanan kat zon lain semuanya tak sama.. 

Okay ! Effa beraya kat Matu . Best ! Jangan cakap tak best . Haha . Sebenarnya nama kampung yang Effa ingin rahsiakan dari tadi . Hmm...

Oke, sampai sini sahaj dulu ye.. Habis raya nanti barulah Effa ceritakan semua pengalaman Effa di sini. Adios ~

No comments: