HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Belajar Bahasa Sarawak

Situk = Sini
Sini = Mana
Aek = Air
Na = betol (Malas betol awak ni)
Encarik = Mencari
Nyarik / carik = Cari
Tok = Ini
Sik = Tak
Sikmok = Tak mahu
Camni = Macam mana
Tanyak = Tanya
Nanyak = Menanya
Cangkey = Cawan
Tapak = Pinggan
Ambil = Ambik
Suduk = Sudu
Tangga / nangga = Lihat
Alu = Lalu (Dia berjalan lalu terjatuh)
Mun = Kalau
Pakey = Pakai
Embak = Bawa
Sekda = Tak ada
Kenak1 = Kenapa ?
Kenak2 = Kena
Gugok = Jatuh
Sidak = Mereka
Nunggu = Menunggu
Kemeyh = Kencing
Nak kah = Kan (Kan kita pergi ke Sabah esok)
Nangkap = Menangkap
Lom madak / Belom madak / Belom = Belum
Sik saba = Tak sabar
Samekom = Assalamualaikum
Da / Ada = Ada
Madam = Memadam
Pikey = Fikir
Lamak = Lama
Sik lamak gik = Tak lama lagi
Molah / Polah = Buat
Ngekot = Mengikut
Agik = Sedang (Dia sedang minum air)
Sampey = Sampai
Balit = Balik
Lejuk = Bosan
Ni ada = Tak ada
Gerak = Membangunkan
Dimpun = Sendiri
Iboh = Jangan
Bulak = Tipu
Jak = Saja
Palak = Kepala
Pitok = Macam ini
Mok = Mahu
Budak = Miak
Tetak = Ketawa
Kedak = Macam

6 Kelebihan Hari Jumaat



1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, 
RasuluLLah S.A.W ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Esok, bye bye rumah . Hye hye school !

Assalamualaikum !

Wahh ! Tak sabar betul nak menyambut hari esok !! Tak sabar ! Ohhyeahhh ! Miss u laa blog . Bila kita akan berjumpa lagi ? 31 September ? maybe ?

Menyeksakan juga rasanya kalau buat PBS berulang kali. Baru petang tadi buat kertas PBS English. Ramai yg kena marah, x bace instruction . Effa kena marah gak , bukan tak baca instruction (susah betol eja ! :P) , sebab tak semak ayat betol2. 

Okey, beralih kepada title kali ini, Esok, bye bye rumah . Hye hye school ! (?) cer teka maksudnya ? pergi sekolah n balik rumah macam biasa ? Teettttt ! Salah ! Cer teka ! Kalau masih tak dapat nak teka, okey Effa akan cakap.. Tapi sebelum tu, Effa nak bagi klu.. Klu nya adalah

|
|
|
|
|
|
|
|
V

3 Hari 2 Malam

Boleh jawab ? Boleh jawab ? Hmmphhh... Okay , esok Effa ada kem . Camp Pink ! Ohyeahh ! Kem berwarna pink ? Bosan dengan warna tu -.- Kem Pengawas ! Rasa macam taknak datang jerk tetapi terpaksa . Terpaksalah diri ini direndam ke dalam lumpur . Ergghhhh !

Kenapa 3 hari ? Kenapa 2 malam ? Terpaksalah Effa berjauhan dengan parents. *Tak jauh sangat ! Rumah dekat jerkkk .. Berjauhan ? Sedihnya dengar perkataan tuu . Sebab.... Sebab... Sebab... Sebab.... Sebab Effa anak manja . Huhu ! Taktaw bila perasaan manja tu nak hilang. Ada ubat hilang rasa manja tak ? Mintak cket . HEHE !

Lepas balik kem nanti Effa akan update blog. Janji ! Janji ditepati . Hehe . Okay , masa Effa kem nanti jangan lupa letak rasa rindu kat hati korang k ? HEHE ! Bye bye !

Tukar Font Dalam Blog

Assalamualaikum !

Okay , kalau korang dah tak nak pakai font yang dah ada kat blog korang, korang boleh tukar kepada font yang comel-comel.

1. Dashboard - Layout - Edit HTML - Proceed -Tick Expand Widget Templates

2. Tekan F3

3. Cari kod di bawah :

#content-wrapper {
4. Kalau korang dah jumpa , copy kod di bawah :

font-family: Arial;
ABC : Nama font

5. Preview & Save !

First Time Buat Doodle :)

Assalamualaikum !

First time buat doodle.. Doodle pegang Ang-Pow . Tak comel pun. Baru je testing. Apa pendapat anda ? Patut ke Effa wat freebies doodle untuk pengguna blogger ?

Psttt : Ini bukan untuk freebies okay ? Effa cuma mintak pendapat korang ..


Download & Install Font

Assalamualaikum !

Hari ni Effa nak teach korang macam mana nak download & install font ke PC/Laptop . Sebab hari ni Effa dah dapat download font. Hihi ^^v

1. Pergi ke sini dulu >>TEKAN<<

2. Pastu , pilih lah font yang korang suke . Pastu tekan download .


3. Bagi pengguna Google Chrome , pas habis download , tekan Show In Folder .


4. Then, korang right-click kat font yang korang download tadi (WinZip File) . Tekan Extract Here .



5. Lepas korang extract , dia akan keluar benda macam ni :

Yang warna biru tu, korang delete jer . Yang warna merah, korang copy dulu.

Tapi kalau ada yang macam bawah ni , korang kena download font yang lain k ?

6. Bagi pengguna Windows XP macam Effa, korang paste di bahagian

My Computer - Local Disk (C:) - WINDOWS - Fonts

Bagi bukan pengguna Windows XP , korang paste di bahagian

Control Panel - Appearance And Personalization - Fonts

Siap !! Korang boleh pakai terus font tu ..

Dos Ketiga Tak Sakit Ataupun Tidak ? Jawapannya........

Assalamualaikum 

Syukur Alhamdulillah hari ni suntikan terakhir (dos ketiga) bagi semua perempuan tingkatan satu . Takut sangat sebelum kena suntik . 

Suntikan tu dibuat di dalam bilik kuliah 1 . Masuk jer dalam bilik tu , terus duduk di kerusi paling belakang. Pas tu Effa menangis . Effa menangis sebab mereka yang form 2 tu cakap dos ketiga paling sakit . Rupa2ya, dos ketiga adalah dos yang paling tidak sakit antara dos pertama dan kedua . Dos 1 dan 2 tu ada tangan Effa ada rasa kejang . Dos ke-3 ? Rilex jer . Takyah takut ..

Kepada pelajar yang lepas UPSR tu, nanti kalau korang masuk form 1 korang ada suntikan juga lah . Jangan risau ! Tak sakit tuu . Effa takde pun nangis lepas kena suntik . Ketawa dengan kawan2 ada lah .. Okey , setakat ini sahaja . 

Sekian...

Lukis Doodle Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum !

Okai . Hari ni Effa nak teach macam mana nak lukis doodle guna photoshop . kalau guna painttool sai tu , susah sikit . Ada jugak yang dah expired . kan ?

1. Buka photoshop

2. File - New

3. Adjust width and height

kalau nak ikut, suka hati korang lah :P

4. Tekan OK .

5. Seterusnya, klik yang bernombor 1, 2 dan 3 macam kat bawah ni..


6. Pastu , korang buat lah bentuk bulat ..


7. Korang tekan pulak Path Selection Tool . Rujuk gambar di bawah :)


8. Dengan menggunakan Path Selection Tool , korang klik dalam bulatan tadi. Pastu jadinya macam ni :


9. Tekan right-click pada bulatan tersebut dan klik Free Transform Path .


10. Pastu dia akan jadi macam ni :


11. Then, tekan right-click sekali lagi. Kali ini, klik warp .


12. Jadinya macam kat bawah ni :


13. Pastu korang alihkan lah point-point yang ada kat situ .. Macam yang Effa dah alihkan kat bawah ni :


14. Kalau dah siap alihkan point tersebut, tekan Enter pada keyboard korang tuu....

15. Yang kat bawah ni menunjukkan gambar selepas Effa tekan Enter .


16. Tekan Brush Tool pula .


17. Pastikan saiz berus tu 5 px .


18. Warna pula korang kena pilih warna hitam !


19. Klik Path Selection Tool lagi...


20. Right-click pada gambar tadi dan klik stroke path...


21. Klik brush dan tekan OK .


22. Lepas tekan OK , ia akan jadi macam ni pulak :


23. Right-click kat gambar tu, klik Delete Path .


24. Automatik ia akan terus jadi macam ni :


25. Itu baru bahagian muka . Now Effa nak buat tudung pula . Caranya sama jer macam buat muka kat atas ni. 


26. Warnakan doodle dengan menggunakan brush .


Yang mulut tu Effa buat cara sama jer dengan cara buat muka . Cuma Effa tak pakai Ellipse Tool . Effa pakai Line Tool .

27. Tadaaa ! Dah siap ! Kalau korang nak buat mata chumel2 tu, korang pergi lah download mata kat sini --> KLIK


Tutorial nak extract brush mata, hari lain k ?

Fuhh !! Penat giler buat tutorial ni...

Kenapa Effa Tak Pasang Disable Right Click ? Sebab....

Assalamualaikum ?


Kenapa Effa Tak Pasang Disable Right Click ? Sebab....

Bukan Effa tak taw pasang benda tu . Tetapi, rasa simpati terhadap korang masih menguasai diri Effa . Ramai blogger yang pasang benda ni. Apabila tekan right click nak copy kod jer, tak dapat. Waktu tu jugak pasti ramai yang marah kan ? Termasuk Effa sendiri . Terpaksa tekan CTRL + C . Bukannya ada orang nak curik gambar kita, kalau ada yang curik pon, korang buatlah entri pasal blog yang tak tahu malu tue . Korang macam mana ? Dah buang ke belom, or korang masih nak menyusahkan pelanggan tutorial korang tu .

Sekian, terima kasih...

Image Hover Lip Lap

Assalamualaikum !

Today Effa nak buat Tutorial For You . Bukan I M 4 U yang lagu Malaysia tu k ? Haha ! Image hover lip lap . Macam kat bawah ni la . Cuba korang halakan cursor kat gambar bawah ni, image tu secara langsung terus bertukar kan ? tapi, kalau korang nak ikut or ambil tutorial ini, dilarang sama sekali mengambil gambar di bawah ni. Mentang2 Effa tak pasang disable right click.

1. Copy kod di bawah :
<center>
<img onmouseout="this.src='URL Gambar 1'" onmouseover="URL Gambar 2'" src="URL Gambar 1" /></center>

2. Paste pada page tutorial korang .

3. Ataupun , kepada sesiapa yang nak letak di sidebar, paste pada bahagian HTML/Javascript :

Dashboard - Layout - Add A Gadget - HTML/ Javascript

Buang Air Besar ?

Assalamualaikum.

A Big Credit To : Cik Dessert


Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak sopan.

 A Big Credit To : Cik Dessert