HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Mataku...

Assalamualaikum !


Dah lama tak update blog. Fuhhh ! Baru timbul rasa rindu nak update blog selepas 27 September 2012. Nampaknya, ini adalah entri pertama pada bulan Oktober. Hehehe. Sorry kepada sesiapa yang sabar menunggu entri seterusnya daripada Effa. Tak pernah rasanya Effa update blog pagi-pagi buta ni. Tapi disebabkan Effa terbangun dari tidur, so Effa sambunglah entri yang Effa saved dari semalam.
Arghhh ! Apa dah jadi kat mata Effa ni ? Apa dah jadi ? Rabun ? Yerpppp . Rabun . R-A-B-U-N, rabun ! Siap main eja lagi tu. Macam mana Effa tahu ? Effa check kat kedai cermin mata ke ? Opcoz ler tak ! Effa check sendiri. Tapi tak taw degree-nya berapa. Haha ! Kalau check kat kedai cermin mata, confirm, taukey punya kedai suruh beli cermin mata terus. Mahal tuu. Okay, dengar kisahnya di bawah yewww... (gedik)

Pada pukul 8:00 malam, Effa berasa sangat bosan. Kemudian, Effa melihat jam dinding dengan matanya.. Disebabkan terlalu bosan, Effa menutup mata kanannya dan mendapati nombor-nombor pada jam itu tertera dengan jelas. Kemudian, Effa tutup pula mata kirinya. Nombor-nombor pada jam dinding itu nampak kurang jelas. Setelah berulang kali menutup mata kiri dan kanan, akhirnya Effa tahu bahawa mata kiri Effa rabun jauh !

Okay , itulah ceritanya. Hmmphh , nanti kalau masa Effa pergi kedai cermin mata. Macam mana agaknya kalau Effa pakai cermin mata ? Buruks ke ? Ntah la. Effa rasa inilah sebab-sebab why mata Effa rabun :

1. Terlalu lama duduk di depan komputer

Satu jer ! Sebab Effa tak suka langsung tengok tv. Takde cerite best ! Kalau Effa pegang remote tv, confirm lah semua cerite tak best. Tapi kalau adik Effa yang pegang remote tu, baru lah banyak cerite best yang keluar. Ini tidak adil, tidak adil ! Hehe . Buat homework dalam keadaan kurang cerah ? Nope . Tak pernah langsung buat hw dalam gelap. Inilah Effa, terlalu sangat suka on9. Effa lah yang paling lama on9 dalam family. Kadang2 Effa sampai bergaduh dengan kakak kalau nak on9. Hehe Okay itoo saja sekiannn wasalam.

No comments: