HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Tanda-Tanda Gastrik Dan Puncanya


Assalamualaikum !
Lepas baca novel Akukah Cinderella Itu , Effa teringat Farid yang gastrik . Dalam novel tu , kalau gastrik, nanti ulcer datang . Setiap 3 bulan Effa menghadapi ulcer . Sebab tu lah tiba2 Effa search kat google fasal gastrik dan ulcer . Oooo , Effa gastrik rupanya ? Taknak pergi klinik lah ! Takutt . 

TANDA-TANDA GASTRIK

Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
PUNCA PENYAKIT GASTRIK:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insya Allah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, makanan segera, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

2 comments:

syaz syasha wanie said...

Alahai , Syaa ada penyakit gastrik ni baru jaa jadi masa bulan 6 haritu . Tersangat lah sakit dan rasa macam urat perut ni macam nak putus .

Effa Nadia said...

@syaz syasha wanie

Dh jumpa doktor ke ? Effa tak terok sangat jd tak pergi klinik .