HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Haram Menyambut Hari Lahir Dengan Kek dan Lilin

Assalamualaikum :)


Straight to the point, Haram Menyambut Hari Lahir Dengan Kek dan Lilin . Kenapa ?

P/s : Effa tau bende ni dari Ustaz sekolah Effa, pastu Effa search kat google, google pun cakap tak boleh tapi antara semua jawapan dari google, takde satu pun jawapan yang menjelaskan maksud kek dan lilin. Baca selanjutnya untuk mengetahui maksud tersembunyi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Sumber: Al-Azhar Ad Din


Menyambut hari jadi dengan kek dan lilin adalah budaya barat , bukan budaya Islam. Maksud tersembunyi kek dan lilin adalah :

Kek : Umpama bumi
Lilin : Umpama cahaya Islam (nur islam)

Apabila lilin ditiup , maka tiada lagi cahaya Islam. Apabila kek dipotong, maka bumi Islam berpecah. Kenapa harus ikut budaya seperti ini ?


3 comments:

Isabel Diaz said...

Nice sharing. Bruk mewk tawuk =D

Effa Nadia said...

Thank :) Kmk just nyebar sblom trlambat jak . nyuroh cdak iboh ngekot nk cmtok agk :)

Tashyra Sha said...

org sarawak kah? hihi. thank you for the information :)