HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Syarahan Agama :)

Hi Selamat sejahtera makhluk Allah sekalian...


Waaa... Malasnya nak turun sekolah hari ni. Kenapalah Effa yang bersekolah sesi petang ni kene turun awal pagi tiap hari ? Tiap hari tak cukup tido. Sekarang ni tengah tunggu hari yang takde kelas tambahan pagi. Kalau ikutkan hati, Effa taknak turun awal sangat hari ni. Tapi.....

Disebabkan hari ni ustaz akan mengumumkan siapa yang layak untuk ke pertandingan syarahan pada hari lusa, Effa kene turun lah. Mana tau Effa layak. Kalay Effa tak layak, memang setiap hari akan keluar air mata ni. Alhamdulillah mase Effa persembahkan syarahan kat depan ustaz tu, memang takde rase nervous pun.

Selalunya kalau Effa nak cakap kat depan orang ramai gune mikrofon ke tak, perkara pertama yang Effa buat adalah tengok volunteer dulu. Tengok sampai puas, sampai rasa nervous tu hilang. Kalau tak macam mana nak mempersembahkan dengan baik ? Tapi, mase Effa persembahkan depan ustaz dan calon2 peserta syarahan, Effa tak rase nervous, tapi Effa tetap tengok volunteer sampai puas. Tapi tengok sekejap je. 

Korang doakan Effa layak k ? Penat dah Effa hafal teks tu.

Papai....