HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Membuat Aku Tertanya-Tanya

Assalamualaikum :D :) ;)

Membuat aku tertanya-tanya O.o

Sudah penat jari-jemari ni menggaru kepala sebagai tanda tanya. Tajuk post hari pun, membuat korang tertanya-tanya. Betul tak ? Memang agak pelik lah.

Dekat blog Effa ataupun blog korang, ada kes menipu tak ? Dekat blog Effa, banyak kali ! Memang selalu Effa perasan.. Maaf k , kalau buat korang terasa. Tapi kat sini, tujuan Effa menaip-naip kat sini adalah untuk nyah kes penipuan. Tak suka ! Tak suka !

Rasa taknak cakap je tapi terpaksa. Effa rasa taknak cakap sebab takut orang tersebut marah Effa. Effa terpaksa cakap sebab taknak ada kes-kes macam ni lagi dah. 

Ok, kes penipuan di sini yang Effa maksudkan adalah, blogwalker tersebut meninggkalkan jejak kat blog ni dan message tersebut ada menyatakan yang dia telah klik iklan/white/hishop kat blog ni. Klik apa ? Dekat blog Effa tak ada langsung iklan yang dipasang. Effa bercadang akan memasang iklan apabila dah berumur 16 tahun nanti.

Satu lagi, blogwalker tersebut meninggalkan jejak dengan menyatakan yang dia menyuruh Effa singgah blog dia. Tapi apa yang Effa tekan ? Effa tekan link iklan dia. Nasib baik Effa tekan link iklan tu belum habis loading lagi. Duit haram tu.

So now, Effa berhati-hati. Sebelum Effa tekan nama yang ada kat kotak mesej cbox Effa tu, Effa buka dulu account cbox Effa & tengok link apa yang dia pakai. Kalau yang ada bit.ly tu memang Effa tak akan tekan. Oke ? Mesej2 yang mengandungi link iklan Effa dah buang. OK, sekian.


1 comment:

nida zin said...

sabar jela ehh.... :/