HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Seronok Tapi... -,-

Assalamualaikum , hai !


Hari ni hari Sabtu, hari sukaneka bagi Pandu Puteri & Pengakap di sekolah. Memang seronok ! Seronok sangat.. Tapi....

Waktu tu tiba acara yang tak diketahui nama. Yang ikat surat khabar kat lengan tu, pastu ada orang akan rampas surat khabar kat tangan kita tuu..Pastu kita pun akan tangkap surat khabar kat bahu mereka tu.. (banyak betul 'tuu'..) Acara tersebut menyuruh sesi petang lawan sesi pagi. 

Effa berusaha nak ambil surat khabar kat bahu kakak comel dari sesi pagi tapi susah sebab mereka tinggi lah kan. Then, secara tidak sengaja kakak yang tidak diketahui nama tu melambung Effa di tempat kejadian. Effa tengok kat bahu Effa dah takda surat khabar so Effa tahu yang Effa dah out.

Semasa Effa beredar dari tempat Effa dilambung tadi tu, Effa tengok seluar Effa... Effa tengok seluar Effa. Effa tengok... Mak ! seluar Effa dah berlubang ! Malunyaa ! Tak sangka perempuan kat sekolah Effa tu main lebih ganas dari lelaki. Ada yang baju berlubang. Macam-macam !

Effa tarik seluar Effa pelahan2, then darah pun keluar. Kakak yang melambung Effa tadi pun merawat Effa. Sakit sangat ! Rasa macam tak boleh jalan je. Setakat tu je story ari ni. Lalala ~ byee

No comments: