HOME OWNER TUTORIALS INFO & TIPS EXCHANGE CONTACT ME

Happy Birthday ! Maaf Sebab Dapat Hadiah Yang Menyakitkan :')

Assalamualaikum :D


Happy birthday to you ! Happy birthday to you ! Happy birthday to Sis Erra Faziera ! Happy birthday to you :D Hari ni dah genap 20 tahun dah kakak kandung Effa.. May Allah Bless You :D

Haa ! Mesti ada yang kehairanan. Kehairanan sebab tajuk akhir tu kan ? ".......Hadiah Yang Menyakitkan" Bukan sengaja pun hadiah tu diberi. Hadiah tu diberi kerana memang takdir. Tapi hadiah tu dikongsi dengan Effa. Uhukhuk :'( Sakit tau !

Hadiah apa tu ? Nak tahu ? Tapi kalau nak tahu dengan syarat jangan ketawa tau ! Haha.. Ceritanya begini..
Hari ini Effa ada latihan gamelan di sekolah. Kak Erra hantar Effa. Belum sampai sekolah, tiba-tiba terlanggar kereta yang berhenti di tengah jalan. My sister lost control.

Effa pun ditimpa motosikal.. Uhh ! Berat ! Effa tunggu Kak Erra untuk mengangkat motosikal dia, tapi tak jugak. Then Effa jerit "Kak Erraaaaa!" baru dia perasan yang Effa ditimpa motosikal. Lepas Effa berdiri, sakit dada, sakit tangan kanan..Eh ? Kenapa tangan kanan macam tak bernyawa ? Effa urut tangan kanan akhirnya tangan kanan Effa "bernyawa" jugak.. Ahaha

Sakit dan tidak seronok. Ini adalah status Kak Erra dan Effa yang telah dipost di fb dalam dialek Sarawak. Faham-fahamlah sendiri :D